Loading...

Category 1 . January 5, 2022

COOLANT / ANTI-FREEZE / BENDALIR PENYEJUK ENJIN

JENIS-JENIS ANTI-FREEZE / COOLANT / BENDALIR PENYEJUK ENJIN dan FUNGSI.

Kebanyakan coolant yang digunakan dalam automotif adalah berasaskan air (water) yang kemudiannya ditambahkan dengan Anti-Freeze untuk mengelakkan beku dan juga Ethylene Glycol / Propylene Glycol yang diketahui memiliki tahap tahap didih (Boiling Point) yang tinggi.

Terdapat Dua(2) jenis Coolant yang biasa kita jumpa iaitu:

  • Concentrate: Jenis pekat dan perlu dicampurkan dengan air* mengikut nisbah yang betul. Nisbah Air:Coolant biasabnya adalah 60:40 atau 50:50. Minimum adalah 70:30 dan 40:60.
  • Ready-to-use aka Pre-mix: Coolant yang telah di Pre-mix dari kilang. Tidak perlu dicampur dengan air.

* Elakkan penggunaan air paip semasa mencampurkan coolant. Gunakan Distilled Water (Air Suling). Air paip mengandungi enapcemar yang mampu menyebabkan kakisan(corrosion) dan karat(rust).

 

Warna yang kita lihat pada Coolant adalah dye atau pewarna yang bertujuan untuk membezakan setiap jenis coolant dan juga untuk memudahkan pengesanan sekiranya berlaku kebocoran pada sistem penyejuk enjin. Warna yang kita biasa lihat adalah berwarna hijau, merah, pink, biru, kuning. Sebenarnya warna ni boleh macam2, tapi biasanya untuk membezakan dengan minyak gearbox automatik berwarna merah pekat.

 

7 Fungsi utama Coolant / Anti-freeze

1. High Thermal Conductivity / Pengonduksian haba yang tinggi ✅

2. High Boiling Point / Takat Didih yang Tinggi ✅

3. Optimal Chemical Stability / Kestabilan Kimia yang Optimum ✅

4. Absence of corrosive effect on radiator and engine / mengurangkan kesan kakisan(corrosive) pada enjin dan radiator. ✅

5. Protection of parts of the Cooling System from Cavitation Destruction / Perlindungan Sistem Penyejukan daripada pemusnahan kavitasi(peronggaan). ✅

6. Neutral to rubber products / Neutral kepada komponen getah(seal, gasket). ✅

7. Lack of Foaming at elevated temperatures / Pengurangan buih, bubble pada suhu tinggi. ✅

 

 

 

Type of Coolant / Jenis dan Kategori

Bendalir penyejuk enjin (coolants) terbahagi kepada 5 kategori atau kumpulan bergantung kepada komposisi kandungan additive yang memberikan perlindungan kakisan(corrosion) pada komponen sistem penyejuk.

    👉 Silicate (inorganic) - G11: Coolant tradisional, konvensional jenis IAT(Inorganic Acid Technology). Kebiasaannya berwarna biru, hijau atau hijau-biru.

    👉 Carboxylate (organic) - G12: Naiktaraf daripada konvensional coolant yang menggunakan Organic Acid Technology(OAT). Biasanya ia berwarna spektrum kemerahan(red) dari oren ke lilac(ungu).

    👉 Hybrid (Inorganic + Organic) - G12+: Coolant Hibrid yang menggabungkan teknologi konvensional Inorganic dan juga Organic Acid Technology. Seperti Carboxylate, ianya biasa dijumpakan berwarna spektrum kemerahan dari oren ke lilac(ungu).

    👉 Lobrid (Low Hybrid) - G12++: Mengandungi Silicon enhanced Organic Acid Technology(SOAT) yang bertindak sama seperti Carboxylatec coolant. Warna Lobrid sama seperti Carboxylate dan G12+.

    👉 Organic Acid Technology with Propylene Glycol - G13: Teknologi terkini coolant menggunakan bahan asas Propylene Glycol yang diketahui tidak berbahaya kepada komponen enjin dan mesra alam sekitar (Environmental Friendly). G13 kebiasaanya berwarna ungu, hijau dan pink. Tapi macam diberitahu sebelum ini, warna tu boleh jadi apa sahaja.

 

Nota ringkas:

👉 Sekiranya radiator diperbuat daripada copper/brass( tembaga/loyang), disarankan penggunaan Carboxylate coolant (G12).

👉 Sekiranya radiator diperbuat daripada Aluminium, gunakan Silicate base (G11) biru atau hijau.

👉 G12+ dan G-13 sesuai untuk digunakan pada mana2 enjin dan radiator.

👉 G12+ dan G-13 merupakan Long Life coolant dengan kemampuan penggunaan sehingga 100,000km - 150,000km.(bergantung pada kondisi enjin dan cuaca persekitaran).

👉 G11 dan G12+ sesuai untuk kebanyakkan kenderaan Asia seperti Toyota, Honda, Proton, Perodua dan lain2.

👉 G12+ dan G13 kami cadangkan untuk kegunaan kenderaan Conti / Eropah seperti VW, Audi, BMW, Merc dan lain2.


Mannol Malaysia - Prestasi Tanpa Kompromi

Wide Range.High Standards.Fair Price

Share:

Latest Promo

RELATED BLOG POSTS

Category 1 . March 30, 2021

Mannol Automatic Transmission Fluid(ATF): The Essential Fluid For Your Vehicles.

Category 1 . March 30, 2021

Mannol 10W-40 Selection.

Category 1 . March 30, 2021

Mannol selection of 5W-30. The choice just getting better and better.[English]

Still unsure which product suitable for your car?

Need more information? We are more than happy to get in touch with you. Just click on the button below and we will talk soon.