Loading...

Category 1 . April 1, 2022

FAKTA ATAU MITOS: Jom Rungkai Bersama min...

Dalam zaman viral dan maklumat dihujung jari ni, mencari maklumat boleh menjadi mudah. Walau bagaimanapun, mencari maklumat yang betul boleh menjadi agak sukar dan pening kepala. Jom bersama Mannol Malaysia kita kongsikan 5 fakta penting yang perlu korang ketahui tentang minyak enjin, supaya korang dan kawan2 lain mendapat maklumat yang betul.

 
OK JOM MULA!!
 
FAKTA ATAU MITOS: MINYAK ENJIN PERLU TUKAR SETIAP 5000KM?

 

MITOS: Selama bertahun-tahun, mindset orang ramai adalah minyak enjin ditukar setiap 5,000 kilometer. Tetapi sebenarnya bila guna minyak enjin Synthetic ni, korang boleh pergi lebih jauh gais. Kebanyakkan pengilang kereta moden dah mula servis bermula dari 10,000km malah ada yang 15,000Km, 20,000KM dan ada juga yang 30,000KM!! Ini kerana teknologi minyak pelincir semakin hebat, dan additive2 yang digunakan lebih robust dari sebelum ini.

 

FAKTA ATAU MITOS: W PADA LABEL BOTOL MERUJUK KEPADA "WEIGHT" atau "WATT"?

 

MITOS: W merujuk kepada 'WINTER'. Kelikatan minyak motor tertakluk kepada perubahan suhu. Minyak Monograde hanya mewakili aliran minyak apabila dipanaskan, tetapi bagaimana jika korang perlu menghidupkan kereta anda pada pagi musim sejuk? Di sinilah wujudnya minyak Multigrade. Minyak jenis ini dapat mengalir dan flow dengan baik dan tidak menjadi "crystalize" walaupun suhu dibawah paras beku. Nombor sebelum 'W' mewakili kelikatan semasa enjin dihidupkan, manakala nombor yang mengikuti 'W' mewakili kelikatan semasa operasi enjin.

 

FAKTA ATAU MITOS: TUKAR MINYAK ENJIN BILA IA DAH BERWARNA KEGELAPAN/KEHITAMAN?

 

MITOS: Secara harfiahnya, Detergent dalam minyak enjin menyebarkan zarah-zarah kecil, yang menghasilkan sludge. Dengan cara ini zarah-zarah ini tidak boleh terkumpul dan itulah sebabnya minyak akan kelihatan lebih gelap. Sudah tentu, minyak akan degraded bergantung kepada berapa banyak zarah terampai ini boleh diapungkan. Oleh itu, tukar minyak enjin or servis kereta korang seperti yang disyorkan oleh pengilang kereta kerana warna minyak bukanlah penunjuk yang tepat untuk servis kenderaan.

 

FAKTA ATAU MITOS: ADDITIVE DI DALAM MINYAK ENJIN MEMBERIKAN "BOOST" PRESTASI KEPADA ENJIN

 

MITOS: Antara fungsi ADDITIVE dalam minyak enjin memberikan perlindungan dari Rust, Corrosion. Malah ada additive yang membersihkan enjin, mengelakkan berlakunya metal-to-metal contact, mengurangkan serangan Foam dan Acid. Ada additive yang menambahkan Viscosity Index bagi menjadikan minyak lebih stabil pada perubahan suhu yang tinggi. Selain itu ada yang memastikan minyak enjin dapat flow dengan baik walaupun pada suhu yang rendah. Nak boost enjin? Kena buat modifikasi bossku. Barulah mantol perginya.

 
FAKTA ATAU MITOS: MINYAK SYNTHETIC TIDAK SESUAI UNTUK KERETA2 LAMA?

 

FAKTA: Seals dan Gasket dalam enjin kereta lama (20 tahun atau lebih) dengan perbatuan tinggi(high mileage) mungkin tidak dapat bertahan dari Detergent, bahan tambahan dalam pelincir sintetik yang dikatakan mampu menyebabkan kebocoran. Untuk kereta lama, min syorkan ikut je spesifikasi yang terdapat dalam buku manual kereta anda. Minyak untuk digunakan dalam kereta lama adalah daripada jenis mineral dan semi synthetic. Tak salah nak guna minyak synthetic, tetapi selagi boleh follow arahan dari pengilang melainkan korang pernah overhaul enjin dan dah tukar semua seal dan gasket yang baru.

 

Sorry gais sebab takde cerita pun isu buang syed mirul nak bagi laju. Kekeke

Mannol Malaysia

 

Share:

Latest Promo

RELATED BLOG POSTS

Category 1 . March 30, 2021

Mannol Automatic Transmission Fluid(ATF): The Essential Fluid For Your Vehicles.

Category 1 . March 30, 2021

Mannol 10W-40 Selection.

Category 1 . March 30, 2021

Mannol selection of 5W-30. The choice just getting better and better.[English]

Still unsure which product suitable for your car?

Need more information? We are more than happy to get in touch with you. Just click on the button below and we will talk soon.