Loading...

Category 1 . June 23, 2021

Kenali Fungsi Minyak Pelincir dan Jenis-jenis Pelinciran.

 

Pelinciran a.k.a Lubrication.

Pelinciran ialah mekanisma mengawal geseran dan kehausan(wear) hasil daripada filem pengurang-geseran(friction-reducing film) diantara permukaan bergerak yang bersentuhan. Pelincir yang digunakan boleh berupa bahan cecair, solid, atau plastik. Minyak(oil) dan Gris(grease) merupakan bahan yang paling banyak digunakan sebagai pelinciran.

 

Bermula dari minyak asas (Base Oil) yang merupakan bahan utama dalam pelinciran. Base oil akan diproses samada dari Crude Oil(Petroleum) atau dihasilkan secara sintesis di makmal. Dari situ, Base Oil akan di “blend” bersama Additive(Bahan Tambahan) untuk menguatkan molekul minyak pelincir sekaligus memberikan prestasi dan pelindungan kepada minyak enjin.

 

 Antara fungsi asas minyak enjin adalah:

👉Mengurangkan geseran.

👉Menghalang kehausan(wear) pada komponen2 enjin.

👉Mengelakkan berlakunya corrosion(hakisan, karat).

👉Mengawal suhu.

👉Mengawal kontaminasi.

👉Menghantar tenaga kepada enjin.

👉Menjadi “sealant” / pengetat kepada komponen enjin.

👉Memberikan penjimatan bahan bakar.

👉Mengurangkan foaming / buih.

👉Melindungi dari Low Speed Pre-Ignition.

 

Jenis2 pelinciran yang berlaku didalam enjin dan kekotak transmisi(gearbox):

1.     Full-film Lubrication.

Terdapat dua(2) jenis iaitu Hydrodynamic dan Elastohydrodynamic.

👉 Hydrodynamic berlaku apabila dua(2) permukaan bergesel yang dipisahkan hanya dengan lapisan minyak.

👉 Elastohydrodynamic pula sama seperti Hydrodynamic, tetapi berlaku pada “rolling motion”. Lapisannya lebih nipis dan tekanan pada lapisan pelincir berlaku lebih kuat.

 

2.     Boundary Lubrication

Berlaku apabila banyak “start-stop” dan beban-kejutan yang tinggi. Di sinilah additive Extreme Pressure(EP) dan Anti-Wear berfungsi dengan membantu menjaga permukaan yang bergesel hasil dari kelajuan, beban dan lain-lain faktor. Additive ini akan berpaut pada permukaan dan membentuk satu lapisan yang menghalang dari kehausan. Piston dan dinding silinder merupakan komponen enjin yang paling tinggi berlakunya "Boundary Lubrication".

 

3.     Mixed Lubrication

Mixed lubrication adalah persilangan diantara Boundary dan Hydrodynamic lubrication. Walaupun sebahagian besar permukaan dipisahkan oleh lapisan pelincir, asperities masih bersentuhan antara satu sama lain. Di sinilah additive mula berfungsi dan menjalankan tugas. Komponen enjin yang biasa berlaku Mixed Lubrication ialah Bearing.

             

Share:

Latest Promo

RELATED BLOG POSTS

Category 1 . March 30, 2021

Mannol Automatic Transmission Fluid(ATF): The Essential Fluid For Your Vehicles.

Category 1 . March 30, 2021

Mannol 10W-40 Selection.

Category 1 . March 30, 2021

Mannol selection of 5W-30. The choice just getting better and better.[English]

Still unsure which product suitable for your car?

Need more information? We are more than happy to get in touch with you. Just click on the button below and we will talk soon.