Loading...

Category 1 . November 1, 2021

LIMA(5) KELEBIHAN MINYAK SYNTHETIC vs KONVENSIONAL(MINERAL)

 

KELEBIHAN MINYAK SINTETIK VS KONVENSIONAL(MINERAL)

Betul ke minyak enjin sintetik lebih baik daripada minyak enjin konvensional(mineral)? Kenapa ianya menjadi pilihan untuk enjin2 moden didunia?

Ramai yang mengatakan IYA namun tidak ramai yang dapat memberikan sebab kenapa. Apa perbezaan ketara diantara kedua minyak ini? Jawapanya adalah hampir semuanya berbeza.

Seperti yang kita tahu Base Oil di ekstrak dan di proses menjadi minyak enjin. Namun minyak Sintetik bukan sahaja di ekstrak dan di proses, tetapi ia juga turut disuling, ditapis, di tulenkan dan dipecahkan molekulnya supaya lebih stabil. Proses inilah yang membuang pelbagai “impurities” dari base oil sintetik sekaligus menjadikan ianya sesuai digunakan secara spesifik pada enjin2 moden.

Jadi, jom kita lihat antara kelebihan minyak enjin SINTETIK (SYNTHETIC) berbanding KONVENSIONAL(Mineral).

 

1.      Melindungi dari pembentukan “Sludge” dan “Deposits”

Senang cerita, Sludge dan Deposits sangat mudah terbentuk pada minyak enjin konvensional. Ini boleh mengakibatkan pengurangan jangka hayat enjin dan komponen2. Disinilah kelebihan minyak enjin SINTETIK memainkan peranan. Bukan sahaja mengurangkan(some say almost imposibble) pembentukkan Sludge dan Deposits, malah penggunan minyak enjin sintetik bekualiti tinggi seperti MANNOL, ianya juga mampu Membersihkan pembentukan Sludge dan Deposits yang terhasil sebelum itu.

 

Engine SludgeEngine Deposits

 
2.      Melindungi enjin dan komponen dari “Wear” dan “Tear”.

Komponen enjin sentiasa bersentuhan antara satu sama lain dan satu-satunya yang menjadi pelindung ialah lapisan minyak nipis di antaranya. Pada suhu yang tinggi atau operasi yang ekstrim, minyak konvensional tidak dapat mengekalkan lapisan nipis ini secara optimum yang mengakibatkan kehausan berlebihan atau kerosakan pada enjin.

 

Engine Wear-1Engine Wear-2

 
3.      Mengalir walau pada suhu yang sangat sejuk.

Walau ini tak berkaitan dengan negara kita, tetapi antara kelebihan minyak Sintetik adalah flow rate yang baik walaupun pada suhu dibawah -25°C. Walaupun enjin belum dihidupkan, minyak masih mengekalkan sifat “minyak” dan tidak berubah menjadi “crystallize” atau hablur2 yang boleh menjadi punca kepada kerosakkan enjin.

 

Low Temp

 
4.      Melindungi enjin dan komponen dari suhu tinggi yang melampau.

Kita semua tahu bahawa apabila enjin dihidupkan, ia mencapai suhu kerja yang tinggi. Sebagai tambahan kepada pelinciran enjin, tugas utama minyak adalah untuk menyejukkan piston yang boleh mencapai suhu 300-360°C. Dengan operasi berterusan enjin pada suhu yang sangat tinggi, minyak konvensional kehilangan beberapa sifatnya dan malah "terbakar" atau hanya dikatakan hilang.

Minyak enjin sintetik yang baik dan berkualiti tinggi dari MANNOL tidak mempunyai masalah ini. Ianya juga boleh menyelamatkan enjin anda daripada terlalu panas jika; sebagai contoh, sistem penyejukan kereta(Radiator) anda berhenti berfungsi(rosak) dan suhu menjadi sangat tinggi.

 

High Temp

 

5.      Melindungi Turbocharger

Perasan tak trend terkini pembuat kereta adalah “downsizing the engine”. Ia bermaksud enjin lebih kecil pada kereta bersaiz besar. Satu2nya cara untuk memberikan ummpph dan power pada kereta tersebut adalah dengan pemasangan Turbocharger. Seperti penerangan sebelum ini, kita semua tahu bahawa suhu operasi enjin sangatlah tinggi, jadi anda boleh bayangkan tekanan yang diberikan oleh Turbocharger kepada enjin. Suhu pada Turbocharger sangatlah tinggi dan beroperasi sehingga mencecah 200,000rpm!!! Jadi kini anda boleh faham kenapa pentingnya pelinciran enjin yang baik dan sempurna.

 

Turbo

Kesimpulan.

Walaupun masih terdapat kenderaan yang menggunakan minyak konvensional, namun ianya sudah semakin lapuk dan ketinggalan. 90% daripada pengeluar kereta sudah mula menggunakan minyak enjin SINTETIK dari kilang lagi dan kebanyakkan sudah mula menggunakan minyak berkelikatan rendah seperti 0W-20, 5W-20 yang sukar untuk diproses dari base oil konvensional. Di Mannol, kami mempunyai pelbagai jenis pilihan minyak Sintetik yang bukan sahaja sesuai untuk kenderaan moden, tetapi juga untuk kereta2 dan enjin2 lama. Suka admin tekankan, sebaiknya guna minyak enjin mengikut saranan pengilang iaitu SAE Grade, Piawaian/Standards dan jarak penukaran yang betul.

 

Mannol Malaysia - Prestasi Tanpa Kompromi

Wide Range. High Standards. Fair Price.

Share:

Latest Promo

RELATED BLOG POSTS

Category 1 . March 30, 2021

Mannol Automatic Transmission Fluid(ATF): The Essential Fluid For Your Vehicles.

Category 1 . March 30, 2021

Mannol 10W-40 Selection.

Category 1 . March 30, 2021

Mannol selection of 5W-30. The choice just getting better and better.[English]

Still unsure which product suitable for your car?

Need more information? We are more than happy to get in touch with you. Just click on the button below and we will talk soon.