Masa untuk servis kenderaan sudah dekat. Namun anda mula memikirkan minyak jenama apa yang hendak digunakan. Sudah pasti anda akan memilih jenama2 hebat dan dikenali seperti Mannol untuk servis. Namun tahukah anda:
Terdapat LIMA(5) "RIGHT" Minyak Pelincir dan Enjin yang PERLU di patuhi oleh anda semua:
1. JENIS minyak pelincir yang BETUL
2. KUALITI minyak pelincir yang BETUL
3. SUKATAN yang BETUL
4. TEMPAT yang BETUL
5. MASA yang BETUL
Pentingnya 5 RIGHT ini dipatuhi adalah untuk mengelakkan berlakunya masalah dan kerosakan secara sistematik mahupun yang tidak berjadual pada enjin kenderaan. Sebenarnya pengeluar kenderaan telahpun menetapkan "5 Right" ni didalam buku panduan pengguna(manual book), jadi apa yang perlu anda lakukan cuma ikut dan patuh tidak kira anda servis di Pusat Servis mahupun dibengkel2 luar.
Jom kita perhalusi satu persatu "RIGHT" yang penting ini.
✅ JENIS minyak pelincir yang BETUL
👉 Setiap enjin kenderaan direka dan diuji menggunakan minyak pelincir yang tertentu semasa di kilang. Biasa kita terjumpa di buku panduan pengguna adalah: Jenis minyak; samada Mineral, Semi atau Sintetik, Kelikatan minyak, Piawaian yang perlu dipatuhi dan juga terdapat pengeluar yang menetapkan jenama minyak yang perlu digunakan.
👉 Gunakan minyak enjin yang dikenali(reputable brand/known brand) dan diketahui tahap kualiti seperti Mannol yang mematuhi piawaian antarabangsa, mempunyai kepelbagaian kelikatan dan jenis minyak untuk dipilih.
👉 Selain itu, elakkan dari tersalah guna minyak pelincir. Sebagai contoh, minyak enjin kereta dengan rating "Energy Conserving(EC)" tidak sesuai digunakan pada enjin motorsikal atau enjin yang memerlukan piawaian khusus kilang tertentu(O.E.M) hendaklah menggunakan minyak yang memiliki piawaian tersebut.
👉 Mannol Malaysia memiliki 27 jenis minyak enjin untuk kereta(PCMO), 6 jenis untuk motorsikal(MCO) dan 8 jenis untuk kenderaan berat(HDEO). Pilih dan beli mengikut kenderaan anda.
✅ KUALITI minyak pelincir yang BETUL
👉 Minyak enjin perlulah dipilih berdasarkan KUALITI yang betul. Terdapat beberapa jenis minyak yang diketahui tetapi selalunya kita kenali sebagai: MINERAL, SEMI SYNTHETIC/SYNTHETIC BLEND dan juga FULLY SYNTHETIC/SYNTHETIC.
👉 Minyak enjin yang dikeluarkan juga perlu mematuhi PIAWAIAN ANTARABANGSA seperti API, ACEA, ILSAC, JASO, O.E.M dan banyak lagi pematuhan antarabangsa. Kita boleh lihat di label2 minyak enjin terdapatnya penyataan piawaian seperti API SN, ACEA A3/B4, JASO MA2, GM Dexos1 dan banyak lagi.
👉 KELIKATAN juga perlu dipatuhi untuk memastikan enjin anda dapat berfungsi mengikut apa yang telah ditetapkan dan diuji oleh pengeluar kenderaan. Terdapat pelbagai jenis kelikatan yang ada seperti 5W-30, 10W-40, 20W-50, 10W-30, 0W-20, 5W-20, 0W-16, 15W- 50 dan banyak lagi.
👉 Rujuk buku panduan pengguna anda untuk mengetahui Kualiti, Spesifikasi dan Kelikatan yang BETUL.
👉 Minyak pelincir Mannol memiliki dan mematuhi kebanyakkan Piawaian dunia seperti API, ACEA, SAE, JASO, ILSAC dan banyak lagi. Setiap minyak yang dihasilkan dan direka, akan di uji mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh badan2 antarabangsa sebelum layak dipasarkan ke seantero dunia.
✅ SUKATAN minyak pelincir yang BETUL
👉 SUKATAN yang betul amatlah penting bagi mengelakkan berlakunya masalah tekanan minyak enjin yang rendah atau enjin "berat" semasa pemanduan dan operasi enjin. Ramai juga dikalangan pengguna dan juga ada sesetengah pomen yang tidak tahu/tidak ambil tahu/tidak peduli/ikut kepala sendiri bila isi minyak enjin.
👉 Sebagai contoh, sekiranya kereta memerlukan 3.7 Liter minyak enjin, pastikan anda mengikut sukatan yang betul. Ini kerana sukatan tersebut telah diuji di kilang bagi memastikan "oil pump" dapat mengalirkan minyak pada tekanan dan flow yang sesuai serta mencukupi untuk keseluruhan enjin.. Melebihkan atau mengurangkan sukatan minyak enjin akan menyebabkan masalah dan berkemungkinan kerosakkan pada enjin pada masa mendatang.
👉 Terkurang sukatan akan menyebabkan komponen2 enjin tidak dapat perlindungan yang mencukupi manakala Terlebih sukatan akan menyebabkan simptom "enjin berat", "cannot go" dan juga menyebabkan berlakunya "stress" pada "oil pump".
👉 Rujuk buku panduan pengguna atau dapatkan khidmat nasihat dari pomen2 pengalaman untuk sukatan minyak enjin yang betul. Ingat, JANGAN terlebih dan JANGAN terkurang.
✅ TEMPAT menukar minyak pelincir yang BETUL
👉 Sekiranya anda servis kenderaan di Pusat Servis yang telah ditetapkan, maka berkemungkinan tiada masalah bagi anda kerana ianya ditempat yang betul.
👉 Namun sekiranya anda servis kenderaan secara KENDIRI atau dibengkel selain dari Pusat Servis yang telah ditetapkan, maka pentingnya anda memilih bengkel2 yang dipercayai dan mahir dalam mengendalikan dan servis kenderaan.
👉 Selain itu, ianya juga untuk memastikan anda mendapat alat ganti yang betul dan tulen untuk menukar minyak enjin dan penyaring minyak yang betul.
👉 Mannol Malaysia mempunyai banyak bengkel2 yang berpengalaman dan mahir tidak kira kenderaan dari Asia, Amerika dan juga Eropah atau kereta biasa, 4x4, trak, lori dan lain2 lagi.
✅ MASA penukaran minyak pelincir yang BETUL
👉 MASA ni merupakan antara yang selalu pengguna Culas atau Terlajak. Ini disebabkan beberapa situasi antaranya kenderaan tidak banyak bergerak, perubahan musim(negara2 yang ada musim sejuk dan panas), penggunaan minyak enjin berkualiti seperti Mannol.
👉 Namun sebaiknya, ikutlah saranan pengeluar kenderaan masing2. Kebiasaanya adalah samada 3 Bulan, 6 Bulan atau mengikut Kilometer atau yang mana satu sampai dahulu atau mengikut jenis minyak yang digunakan.
👉 Sekiranya anda menggunakan minyak enjin Mineral, biasanya penukaran perlukan ikut jadual kerana minyak mineral mudah terurai dan "degrade" dalam tempoh pemanduan yang singkat. 5000km atau 3 bulan merupakan had yang biasa kita lihat apabila menggunakan minyak mineral.
👉 Berbeza apabila menggunakan minyak enjin Synthetic dimana molekul minyak lebih baik dengan kandungan "additive" yang berperanan mengikat molekul2 minyak dari terurai dengan mudah dan juga bertahan dari suhu operasi enjin yang tinggi. 10,000km atau 6 bulan tempoh penukaran merupakan trend terkini pengeluar2 kenderaan moden dengan mewajibkan penggunaan minyak sintetik kepada pengguna.
👉 Di Mannol, kami mempunyai minyak enjin yang di formulasikan dengan SCT-Ester yang terbukti digunakan pada segmen Aero-angkasa dan ketenteraan. Disinilah kelebihan Mannol dalam memberikan anda kualiti minyak enjin yang terbukti dapat bertahan lama serta melindungi komponen enjin dan memberikan prestasi yang diinginkan.
Mannol Malaysia - Prestasi Tanpa Kompromi
Wide Range. High Standards. Fair Price
Share: