Loading...

Category 1 . June 22, 2021

Minyak Enjin dan Additive (Engine Oil and Additive)

Pelinciran dan Additives

Bila berbicara tentang minyak enjin(engine oil), minyak transmisi(gearbox), gris(grease), kita akan automatik berbicara tentang Additives.

 

Apa itu Additive?

Additive merupakan satu ejen yang menjadikan minyak asas(base oil) mempunyai keupayaan melakukan lebih daripada sekadar melincir. Di dalam minyak enjin contohnya, terdapat 9-10 additive asas yang di “blend” kan bersama minyak untuk menjadikan minyak tersebut lebih baik dari segi penjagaan, tahan kepanasan, bersifat menghalang pembentukan kontaminasi, membersihkan dan lain2.

 

Terdapat 3 pecahan utama additive dan setiap pecahan melakukan 3 tugas utama untuk pelinciran dan gris.


 

Jenis2 Additive

1.     Anti-Oxidants

Additive ini mengawal oksigen dari mencemarkan base oil. Ini menjadikan minyak enjin dapat bertahan dari “thickening” dan mengurangkan pembentukan asid yang menghakis. Ini menjadikan minyak dapat mengalir dengan baik dan menghalang bearing dari terhakis.

2.     Corrosion & Rust Inhibitors

Karat dan hakisan merupakan by product dari pembentukan asid semasa proses pembakaran dan juga bila minyak enjin degrades. Rust Inhibitor menjaga permukaan besi, aloi dari serangan oksigen yang merupakan ejen karat sementara Corrosion Inhibitors pula menjaga part2 seperti push-rods, hydraulic lifter dari terhakis.

3.     Anti-Foam Agents

Additive ini berfungsi mengurangkan terjadinya “pengudaraan” atau buih2 pada minyak enjin. Buih2 ini menghalang keupayaan minyak enjin dan kadangkala mengganggu tugas “oil pumping”.

4.     Pour-Point Depressants

Bagi mengelakkan berlakunya crystallize (kekristalan) aka minyak beku semasa suhu rendah(winter condition), pour-point depressant ni dimasukkan. Ini bagi menjamin pelinciran masih mampu mengalir(flow) dengan baik walau pada suhu dibawah paras beku.

5.     Viscosity Index Improvers

Antara Additive terpenting yang berfungsi menambah keupayaan pelinciran terhadap perubahan suhu. Kebiasaannya minyak asas dari Group I, II dan III yang berasal dari crude oil ditambah dengan VII untuk menjadikan rantaian molekul minyak lebih baik.

6.     Detergents

Additive ini kalau kita tengok pada nama pun dah tau apa tugas dia. Dia macam sabun basuh. Fungsi untuk membersih dan kawal deposit pada komponen enjin. Selain itu ia juga berperanan untuk mengawal kontaminasi yang terhasil dari operasi “high temperature”.

7.     Anti-Wear Agents

Additive yang bertugas menghalang berlakunya “wear” akibat daripada “seizure” dan “scuffing”(melecet) pada permukaan yang bergesel(piston, piston ring).

8.     Dispersants

Percaya atau tidak, kontaminasi tetap berlaku walaupun pada suhu rendah. Sludge, Soot berlaku semasa enjin tidak dihidupkan dan ini boleh mendatangkan masalah kepada enjin. sebab itulah Dispersants ini diletakkan bertujuan untuk mengumpul kontaminasi yang terjadi. Berterima kasih kepada dispersant semasa kita menukar minyak enjin kerana pada masa itu, kesemua kontaminasi itu turut dibuang dari enjin.

9.     Friction Modifiers

Friction Modifier berfungsi mengurangkan geseran yang berlaku semasa enjin beroperasi sekaligus melancarkan enjin serta memberikan penjimatan minyak pada masa yang sama. Geseran merupakan musuh utama kepada enjin. Bila berlakunya terlalu banyak geseran, part2 enjin boleh rosak an “wear” dengan cepat.

10.   EP Additives

EP Additive ni digunakan pada minyak transmisi kenderaan. Bertindak pada “load” tinggi dan pada suhu yang tinggi. Ia membentuk satu lapisan yang di panggil “sacrificial layer” pada permukaan part2 seperti gear dan menghalang dari “metal to metal contact”.

Share:

Latest Promo

RELATED BLOG POSTS

Category 1 . March 30, 2021

Mannol Automatic Transmission Fluid(ATF): The Essential Fluid For Your Vehicles.

Category 1 . March 30, 2021

Mannol 10W-40 Selection.

Category 1 . March 30, 2021

Mannol selection of 5W-30. The choice just getting better and better.[English]

Still unsure which product suitable for your car?

Need more information? We are more than happy to get in touch with you. Just click on the button below and we will talk soon.