Berapa kerap saya perlu menukar minyak enjin kereta saya? Biasa kita dengar pomen bagitahu setiap 5000km untuk mengelakkan enjin “wear”, tetapi bukankah menukar secara kerap dikira membazir dan tidak perlu? Juga, adakah minyak yang digunakan sesuai dan dapat bertahan lama?
Perdebatan mengenai bila, berapa kilometer, berapa bulan nak tukar minyak enjin ni dah berdekad2 dan akan sentiasa didebatkan. Setiap pomen, pusat servis, pengeluar kenderaan mempunyai alasan masing2 dalam mempertahankan hujahan mereka. Kebiasaan yang kita dengar, tukar minyak enjin pada 5000km atau 3 bulan atau yang mana2 terdahulu. Betul tak? Sebaiknya, anda perlu mengikut apa yang disarankan oleh pengeluar kenderaan. Trend terkini adalah, penukaran setiap 10000km. Tetapi masih ramai lagi yang skeptikal dan takut2 nak ikut.
Selain itu, sebenarnya ia bergantung kepada beberapa faktor lain juga. Antaranya adalah:
1. Jenis Minyak Enjin yang digunakan(Mineral? Semi Sintetik? Fully Sintetik?),
2. Kondisi dan design enjin (lama atau baru),
3. Cara pemanduan (suka memecut, pemanduan didalam bandar, Highway drive,dll),
4. Kelikatan minyak enjin yang digunakan.(5w30, 0w20,10w40),
5. Mindset(corak pemikiran) sejak dulu.
👉 Jenis minyak enjin yang digunakan memainkan peranan besar dalam perkara ini. Kebanyakkan dari kita(boleh kata 80%) bila nak tukar minyak, pasti akan cari yang murah. Bila murah ni, selalunya adalah Mineral base. Mineral base ni molekul minyaknya tak sekata(tak uniform bak kata mat saleh) dan mudah terlerai dan akan berkurang sifat melincir dan menjaga enjin bila terlalu lama digunakan. Sebab tu ramai pomen galakkan tukar setiap 5000km. Minyak Sintetik molekulnya sekata, additif yang lebih baik dan sifatnya yang tidak mudah berubah secara mendadak walau pada suhu yang tinggi dan pemanduan yang jauh. Sebab itu trend dunia sekarang ialah pengeluar2 kenderaan terus menggunakan minyak enjin sintetik bila keluar dari line of production. Lagi2 sekarang ni Mannol dengan teknologi SCT-Ester, menjadikan minyak enjin dapat bertahan lama dari biasa.
👉 Kondisi dan design enjin juga memainkan peranan. Ya, enjin baru kebiasaannya seal2, gasket masih ketat dan tiada kebocoran. Gap Tolerance diantara piston ring dengan dinding silinder serta seals juga semakin mengecil. Ini menjadikan “a very tight” gap diantara komponen2 ini dan mengurangkan masalah “leaking”. Sebab itu kebanyakkan kereta2 baharu, pengilang meregulasikan penukaran minyak pada setiap 10000km atau 6 bulan atau yang mana terdahulu. Berbanding enjin lama yang perbatuan tinggi, kita acap kali melihat kesan2 kebocoran(leaking) pada gasket dan seal enjin. Disebabkan kebocoran inilah, pemilik atau pomen biasanya memilih untuk melakukan penukaran minyak lebih awal bagi mengelakkan masalah lain pada enjin.
👉 Cara pemanduan juga memberikan impak pada trend penukaran minyak. Biasanya pemandu2 yang suka memecut kenderaan akan menukar minyak lebih awal kerana terdapat mindset bahawa minyak tersebut tidak dapat bertahan dengan cara pemanduannya. Ya ada betul dan pembetulan disitu. Ya, bila pakai minyak enjin konvensional pada enjin, maka boleh berlakunya proses “degradation” pada minyak. Namun sekiranya menggunakan minyak enjin Sintetik seperti Mannol Racing+Ester 10w60, perkara tersebut tidak berlaku dengan cepat. Pemanduan didalam bandar juga berpotensi mempercepatkan penukaran minyak enjin. Ini kerana pemanduan START-STOP lebih2 lagi semasa kesesakan, menjadikan minyak terdedah kepada suhu enjin yang panas pada masa yang lama. Ini berbeza dengan pemanduan di lebuhraya dimana enjin boleh mencapai suhu optimum dengan bantuan dari penyejukan udara dari luar yang lebih baik. Mannol Legend Ultra 0W-20, Energy Ultra JP 5W-20 dan Hybrid SP direka agar mampu bertahan walaupun pada pada perbatuan yang tinggi.
👉 Kelikatan minyak enjin juga memberikan faktor. Biasanya mindset pengguna, bila guna 0w20, maka perlu tukar cepat. Ini adalah betulnya jika dilihat pada beberapa testimoni pengguna. Namun, pengguna juga harus bijak dalam memilih minyak enjin berkualiti sintetik seperti Mannol Legend Ultra 0W20 yang memberikan lebih kilometer dan menjaga enjin. Trend pengeluar kenderaan dunia sekarang adalah menggunakan 5W30 atau 5W20 sebagai minyak terus dari kilang. Ini kerana teknologi pelinciran adalah bersifat berkembang dan minyak enjin yang dihasilkan mampu bertahan dari perubahan suhu enjin, cara pemanduan dan kondisi enjin walaupun kalau kita lihat ianya berkelikatan rendah. Namun kini, dengan design enjin yang lebih kompak, sofistikated, gap tolerance yang lebih baik, penggunaan minyak enjin 0W-20 sekalipun mampu digunakan sehingga 10,000km malah ada yang 20,000km.
👉 Mindset(corak pemikiran) sejak dulu telah ditanamkan oleh pomen2 dan orang2 lama(oltaimer). Mindset inilah yang dibawa dari generasi ke generasi sehinggakan bila diberitahu minyak enjin boleh tukar pada 10,000km-20,000km pun, masih ada lagi yang tidak percaya dan skeptikal. Tidak salah pun sebenarnya menukar cepat, tapi kita kena ingat, minyak enjin merupakan sesuatu yang susah untuk dikitar semula dan dilupuskan. Untuk 10 tahun kebelakang ini, admin memang menten penukaran minyak enjin pada 10,000km-15,000km. Ada juga dikalangan kawan2 admin yang lajak sehingga 20,000km-25,000km. Sebab itu pentingnya guna minyak yang berkualiti tinggi seperti Mannol untuk mendapatkan perlindungan dan prestasi yang diinginkan. Letakkan mindset anda ke arah penjagaan alam sekitar kerana sisa minyak enjin adalah sukar untuk dilupuskan. Juga mindsetkan minda kita untuk guna minyak berkualiti dan terjamin jarak penggunaan dari sekarang.
Namun, kami masih menggalakkan anda merujuk kepada buku panduan pengguna yang dibekalkan oleh pengeluar kereta. Dengan Mannol, setiap minyak enjin keluaran kami diadun mengikut keperluan dan kehendak kenderaan anda. Kami sentiasa memastikan produk kami menepati dan melepasi piawaian dunia seperti API, ACEA dan juga O.E.M approval.
Mannol Malaysia - Prestasi Tanpa Kompromi
Wide Range. High Standards. Fair Price.
Share: